macam mana nak jadi famous blogger dengan pantas versi aku punya suka

lambakan blog yang tumbuh umpama cendawan lepas hujan menyebabkan ramai manusia dekat malaysia ni berebut nak jadi famous. kalau boleh nak semua orang tahu dia ada blog dan menjadikan blog dia sebagai bahan cakap-cakap dekat mana-mana serta punya follower yang banyak gila macam semut. *aku pun ada impian macam tu*

apahal intro aku macam hamjad je? gaya penulisan karangan SPM. euw euw. 

apa aku merepek ni? sebenarnya, aku tertanya-tanya dekat sendiri macam mana nak jadi famous amos dekat dunia blog ni? yelah, aku ni dah setahun lebih blogging, follower tang tu jugak dan ada hati nak berlagak nak pakai dotcom. setelah aku melihat, men'stalker' dan menjadi penyiasat persendirian yang takde gaji ni, aku dah boleh bagi beberapa cara untuk jadi peymes. hua hua hua.
  • ade pakwe famous pastu cerita perihal cinta dengan pakwe
adakah aku juga perlu memaksa teman sehati sejiwa buah hati pengarang jantung yang tercita untuk menjadi famous jugak? nak suruh jadi apa ye? goal keeper? tak payah lah. dia tak tahu bersukan. nak suruh jadi artis ke pelakon ke, tak payah lah. muka dia hensem sangat. aku sorang je boleh tatap. terfikir gak nak suruh masuk IMAM MUDA tapi macam tak sesuai pulak aku nak ngaku aku ni geli-geli fren dia. haram kot expose perhubungan yang tidak sah.  demmit! aku tak leh nak fikir apa yang aku nak paksa laki aku buat untuk dia jadi famous dan ke'famous'an dia mempenagruhi rating dan hits blog aku. 


kot tetiba ini boyfren aku, mau feymes aku satu dunia silap-silap obama pun baca blog aku kan? haha :D


  • menjadi seorang fesyenista 
mesti korang suka tengok minah-minah blogger yang pakai shawl yang jenis pakai macam tak pakai je kan? yang pakaian fesyen yang super weird sampai aku rasa oh peliknya mereka. tapi aku dah perhatikan lah, jenis orang yang macam ni kalau tulis blog dia punya follower dan tahap famous amos dia hamagaaddd! memang boleh dapat follower dekat belas-belas ribu. bukan aku tak menyokong jenis pemakaian sebegini. tapi aku tengok fesyen dia terlalu melebih-lebih. kalau warna-warna dia memang menarik perhatian mata segala pedo, penggila seks , kaki imagine memalam buta malahan calon imam muda. orang alim pun boleh hilang pedomn kalau tengok fesyen jenis ni. nak famous dengan cara menjadi fesyenista ni senang je. cipta satu gaya melilit shawl yang selekeh tapi kewl. semua bebudak yang baru nak up suka lepak pavilion akan tiru dan akan mula memperkatakan perihal kau. so famous lah kau. haha 
 mungkin dia boleh jadi fesyenista. gaya pun dah ada. 

 muka macam ni nak jadi fesyenista? 
simpan je dalam mimpi. dah lah berjerawat, hitam , selekeh pulak tu.

  • mendedahkan "maruah diri"
ini aku malas nak komen panjang. sendiri mau pikir lah apa. 
  
  • tulis blog yang penuh dengan entri lucah
siapa yang tak suka entri lucah. nak-nak lah bebudak malaysia ni. haish. blog aku yang putih suci lagi murni ni pun selalu tercemar dengan keywords yang orang carik dekat google. PERVERT weyh sesapa yang buat macam ni. 


  • buat benda yang super extreme dan nampak capap
kalau dah desperate sangat nak jadi blogger famous amos ni kan,buatlah sesuatu yang extreme macam merempit dalam KLCC atau willey motor dalam parlimen. ada lagi cadangan lain macam lari-larai macam usain bolt dalam suria KLCC pastu sep semua tiang yang ada dalam bangunan tu. kemenda lah cadangan yang agak sengal dan tak terima dek akal oleh si ubey ni. 


sumber http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/05/cara-cara-untuk-menjadi-famous-blogger.html








kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

6 comments:

The ModERnMoZaRT said...

hoihoihoi durrah..bukan apa aku like,.haha
ku teringat adik kau nak kiut ya

hehehe

Robocop said...

Xsmue blogger nk femes.. ade just nk bt duit, ade jgk yg nk cr jodoh.. haha. Buat blog yg org perlukan. xkire r die tu blogger or sape. yg pntg, ari2 die nk dtg.

xSiLENTx said...

tak senonoh gila muka.. letak la muka elok2 sikit

Aimi dan Pakcik Hashim said...

berapa ramai dah org buat blog ya? haha

point 1, 2, 3 & 4 dah jumpa
point lima tu tak pernah nampak plak

shara bunga said...

kah kah kah. takleyh blahhh kot !

Nur Fannun said...

macam2 cara boleh famous.. yg pling bgus guna cara yg betul & saluran yg betul..
pe entah istimewanya jadi famous..bila org sibuk korek hal peribadi, itu ini..sibuk pulak cakap i need privacy, bla.bla..bla...huh