pengaruh kpop dalam kehidupan. *edisi takde keyakinan diri*

assalamualaikum semua. lama betul aku tak menconteng arang dekat benda busuk ni kan? ade orang rindu aku tak agak-agak? ok, finee. aku sedar aku bukan blogger famous amos ataupun #retiss untuk ade orang rindu kalau aku tak merepek meraban pasal kehidupan aku yang memboringkan ni. by the way, ada lagi seminggu baki cuti sem aku yang aku dah berjaya bazirkan untuk menggemukkan badan serta masa. pergh, dulu masa awal cuti dulu aku dah janji pada semua untuk update setiap hari dan aku telah berjaya menipu semua dengan memungkiri janji manis yang aku taburkan ni. haha :DD

well, sepanjang cuti aku ni aku berjaya mengahabiskan masa dengan menenggelamkan diri aku kat KOREA. dangg ! bukan aku pergi korea selatan lah wey, aku pergi korea dekat alam maya je. maaflah Paramore dan seangkatannya, aku meminggirkan kamu semua. nak buat macam mana asian boys are the hottest among all. kekeke^^

segala macam bentuk varity show aku tengok wey. u name it, i had already watch it. dah kalau gelak macam orang gila depan pc, ko ingat mak aku takde perasaan nak hantar pergi tanjung rambutan ke? dah kalau aku sedih dengan perangai somebody, sure aku pergi tengok variety show dorang pastu gelak-gelak sampai aku lupa yang sebenarnya aku sedih. 
*panjanggilamukadimahaku*
walau bagaimanapun, hallyu wave ni membuatkan aku semakin kurang self esteem, self confidence, rasa taknak hidup semua. kenapa ? meh aku senaraikan satu persatu. 

  • muka lelaki lagi cantik dari muka aku. setiap kali aku tengok music video dorang ke, dorang jadi gust untuk varity show ataupun aku mencuci mata tengok gambar dekat tumblr. masyaAllah, muka memang cantik kalah perempuan. :'( kalah muka aku. ok aku sedar aku tak cantik mana pun. sob sob. jadi level keyakinan diri pun mula berkurang


  cuba kau tengok muka dia. dan bandingkan dengan muka aku. dia lagi CANTIK ! arghh. tension..
geli jugak aku nengok dorang jadi perempuan ni, tapi dah kalau kelakar plus cantik lagi dari aku. aku layankan jelah.

  • badan yang kurus dan kaki yang licin bersih dan kecik. ok. bebudak kpop ni takde yang gemuk, kaki macam peha ayam KFC. bukan macam ni. 
bukanlah aku ni tak menyokong industri muzik malaysia ni kan? aku minat gile dekat anuar zain.. cuma kumpulan yang diatas ni agak ridiculous sikit. hamboi kalau kaki macam kaki kuda kurus dan berotot takpelah jugak. 


ohemji, bila aku nak sekurus mereka ni. kaki kecik macam ni. purata berat dorang tak lebih dari 45kg. 45 kg ?! itu masa aku zaman tingkatan 4 5 boleh lah. sekarang besar nye dah macam mak badak air. gemuk gaya tong air yang buat simpan air kalau takde air tu. kengkonon lah nak diet bagai, buat sit up biar perut leper kan. konon nak bagi bakal suami berpuas hati dan takdelah nak pergi cuci mata tengok kepop ni tetengah malam senyap-senyap tapi tak berjaya jugak. pantang nampak makanan waima cekodok sejuk, aku tetap ambik dan makan macam takde hari esok. nak joging? haram sekali. sebab aku takut anjing..

sekian sahaja untuk kali ini. semoga aku update blog busuk ni lagi.

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

Kapten Atok said...

kalau muka aku 'cute' mcm tu mesti ramai awek2 tergila2kan aku. kekeke

cik tipikal said...

omo ! :O
tapi ko tak rimas ke? kalau byk sgt awek gila2 kat kau?