keadaan bilik seorang DORA THE EXPLORER

minggu paling serabut dalam dunia. so, aku punya hari raya adalah hari esok. sebab semua ASSignment dah siap. balik rumah aku nak tidur barang sehari dua pastu baru pergi pakai baju raya sambut hari raya yang normal punya. disebabkan ASSignment yang macam !#$6&* ni, habis tempat aku beradu macam puteri sepatutnya dengan cadar pink dah macam tempat rumah kongsi bangla. rumah kongsi bangla pun lagi kemas kot.

punya nak tunjuk yang aku ni rajin dekat semua. sampai keadaan sekeliling pun bersepah. tudung jenis instant tu aku mmg sumbat letak tepi sebab senang kalau ade orang dah hon depan rumah nak pergi kelas. aku jenis tak aware dengan jam. macam tadi, aku ingat kelas pukul 9 pagi padahal kelas pukul 10. sekali orang dah datang, aku main sarung je baju yang aku sempat capai, tudung yang ada kat tepi aku. hujung-hujung aku pergi kelas dengan gaya yang paling slekeh macam perempuan tak mandi -__-"
barang penjagaan kulit pulak aku letak kat lantai sebab aku selalu pakai sambil tengok cerita bukan sambil tengok cermin. tilam yang takde cadar ni sebab aku basuh cadar aku sebab terkena air coke yang aku minum sambil tengok cerita korea time masa lapang. hasilnye, bila cadar dah kering aku malas nak pasang balik dengan alasan rasa best tidur atas tilam tak bercadar. 

 ohmai ! kesiannya kat awak fido. apasal duduk kat bawah almari tu? haha. awak merajuk lettew sebab saya tak layan awak. ok, saya mengaku saya busy banyak-banyak. lepas ni, kita manja-manja okeyh? *memuah memuah*

abaikan fail high school musical tu.  buku aku jenis banyak. boleh buat mini library tapi tak pernah baca pun.

so, boleh buat judgement kat aku ok? mungkin aku pemalas mungkin juga tidak. aku ni dah seharian tak tidur . penagan nescafe mocha sampai dua tin. sumpah aku penat gila ni tapi tak ngantok pun. nasib baik encik bakal suami aku bagi semangat.. nak kenal tak siapa?

 perkenalkan Aiden Lee Donghae. 
#kbye



kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

aicharoslan said...

dah comment! semangat tak aku bukak laptop pagi2 sebab nak baca *sila terharu*

Hidayah said...

hehe...standard la student engineering camtu.saye kat unikl micet dulu pon slalu x sempat mandi n g kelas sbb terlewat bgn. HAHAHHA. selambe. tu semua budak unikl pon apply. heheheh. tatau la RCMP kot smart sgt kan..