THE MAKING OF MALAM GALA AIDILFITRI FET/FIST UNIKL 2011

assalamualaikum. 




*entri banyak gambar*
16hb september yang lepas merupakan hari besar yang mengalahkan hari raya dan juga hari perkahwinan aku. 
sibuknya kemain lagi dari bulan 6 dah kelam kabut. air mata, titisan peluh juga darah telah dicurahkan untuk mejelis ni. maki hamun, gaduh-gaduh, caci maki kadang-kadang pun ada jugak. tension dia nak bagi event ni berjaya memang boleh bawak masuk wad orang gila kat tanjung rambutan dan tampoi. 

tempat kejadian. 

hambek kau, dewan perdana tu.. dah macam dewan tipikal untuk majlis persandingan. ouh, tapi bukan aku yang nak bersanding. aku takde calon dan tak mungkin ada. :(
*menyesali diri yang tak berapa cantik ni, so boypreng semua lari*

jangan ditanya kos sewa berapa. semua tu rahsia sulit kerajaan langit ketujuh je yang tau. haha. :D


yang dapat gegoodies bag malam tu, ni lah cara kite orang buatnya. dan aku sebagai MAKCIK SUPERVISOR GOODIES BAGS, dah cuba sedaya upaya bebuat bag yang comel untuk kenkorang tu. dahlah aku ni bukan berhati artistik, sedaya upaya susun cecomel semua benda dalam tu untuk tetamu yang dihormati dan disayangi. payah tahu? rasa nak nangis. buat semua tu. 

buku majlis. *bangga tunjuk dekat ibu sebab nama dekat atas*

isi goodies bag



kerja kurang, posing lebih. 






isi goodies bag :D


semua yang bekerja untuk siapkan goodies bag ni banyak yang mengadu sakit pinggang. sian mereka. aku? sakit sikit je. sebab sakit kat pinggang tu dah turun dekat kaki. thanks untuk kasut tumit tinggi. lepas ni aku taknak pakai kau lagi. huh!

sebenarnya, ahli-ahli untuk komiti dibahagikan kepada dua kumpulan. terbahagi sebenarnya. separuh setelkan goodies bags, separuh lagi setelkan pentas. pentas dia, aku cakap kat korang semua, memang gempak habis. sophistikated gittew. 




amboi kimi, muka seius betul. komited dengan kerja. thumbs up !!




kalau takde atiq, tak tahulah siapa nak panjat kan? takkan nak bagi perempuan panjat, perempuan kan kaum yang lemah dan tak berdaya. haha ! >;D




cantikkan stage kiteorang. warna dia nampak mahal.. kain dia pulak jenis yang orang zaman sekarang suke tu.. yang geng-geng hijabsters pakai buat shawl. panjang dekat 5 sampai 7 meter. nak ? contact chaq. boleh gak jimat duit beli shawl mahal-mahal sampai 100 hengget.


bos besar, pakcik makcik pengerusi majlis dan abang kawasan protokol. sian kat farha. dia dah kena block ngan acap. tekun gile berbincang masalah negara kan?


ini berdiskusi ke bergaduh? muka tegang je semua.. relaks oii. :)


yeay. ni baru lah aku yang tekun membuat kerja. ekceli, tengah bergaduh macam mana nak setelkan plak cenderahati. kene bubuh ribbon bagai. aku dahlah tak reti buat ribbon, memang masaklah nak buat semuanya kan? last-last aku pass dekat chaq. 

aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat ina, sha, diana, cookie semua sebab tolong dak chaq buat stage. kalau korang takde mesti, susah kite orang ni. 

tak lupa dekat komiti. even tak pernah jumpa, tapi boleh bekerjasama dengan baik. :)


*next post baru naik gambar-gambar hot sentap malam dinner. >:D

kredit gambar : kamera afiq hakimi, gambar dari FB ruby dengan FB chaq. 









kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

Hidayah said...

fuyyo.kalah nak grad.. hehe

fais said...

yow.. ape di atas.. ape di atas ^^