yang free hair tak semestinya jahat dan yang bertudung tak semestinya baik sangat.

sejak kebelakangan ni, aku selalu dihidangkan dengan penampilan dan imej manusia yang semakin memuakkan. pandangan tipikal masyarakat terhadap imej. dan bagaimana imej itu dijadikan kayu pengukur keatas tingkah laku dan perbuatan seseorang.


macam mana masyarakat melabelkan seseorang yang free hair, rambut gaya blonde, pakai baju ketat macam tak cukup kain tu seorang yang berhati busuk, sembahyang pun tak cukup malahan jenis yang suka main lelaki? macam mana masyarakat memandang tinggi perempuan bertudung sempurna jenis pakai setokin kaki cakap lemah lembut tu seorang yang berhati mulia dan tak punya kekurangan.

aku bukan tuhan yang tahu ukur dosa pahala manusia ni. dosa pahala aku pun turun naik. cuma aku hairan. ye aku hairan dengan diri aku juga dengan pandangan masyarakat terhadap imej yang dibawa.

sedarkah perempuan free hair ada yang baik? ye ! mereka memang tak bertudung. tapi berhenti jadi skeptikal terhadap golongan ni. dia cuma belum dapat hidayah untuk mula menutup aurat. kita sebagai saudara seagama, doakan jelah dari jauh. tak payah nak ukur-ukur dosa orang.  dan bukan semua yang pakai tudung jenis sempurna ni hati mulia. ada yang hati busuk jenis suka melaga-lagakan dua pihak. yang jeis kedengki tak senang tengok orang lain lebih sikit dari dia.

semua orang ada kelemahan. aku pun ada. tapi boleh tak jangan berpura - pura dengan tunjuk yang kau tu jenis sempurna depan orang pastu tuding orang lain dan bogelkan dia dan tunjukkan kelemahan dia. boleh tak ?



tu tak cerita lagi perihal manusia yang tahu  tipu tipu dan tipu.  

yang guna lame excuses untuk break up.
yang lepas tu mencari perempuan lain. tinggal kau cakap kau dah suka kat perempuan tu pastu kau dah tak suka kan senang? tak payah cerita pasal agama, tak payah cerita pasal kalau sayang, kau kene tinggalkan aku.. ajaran mana kau ikut?



gambar takde kaitan dengan hati dan perasaan.

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

1 comment:

Hidayah said...

hurm.sis, i agree with this entry. x semua bertudung tu baik, n free hair x elok. cuma..statement "blom dapat hidayah utk tutup aurat" kureeengg sesuai la sis. everybody know its wajib, so wajib dan xde alasan. mcm solat, xkan kalau x solat sepanjang hidup,then nak bg alasan blom dpt petunjuk bila dlm kubur nnt? eh..saya x skeptikal.geng2 saya pun free hair, tp mereka baik je. dan saya pun prefer dieorg mcm tu dr yg bertudung labuh tp hipokrit. cuma nak btolkan ayat sis tu je.sbb pnh dgr ceramah ttg alasan tu.sharing is caring =)