aku minat kpop, kdrama dengan jejans korea. masalah bagi kau?

semua orang ada minat tersendiri. ada yang suka naik basikal fixie tayar warna-warni, ada yang gadjet freak jenis beli jenama buah seperti epal dan beri hitam sampai kering poket dengan syarat uptodate dengan teknolgi dan tak payah makan pun takpe. 

dan untuk aku, aku memang minat korea. at first aku layan drama dia je. dah didedahkan dengan drama korea since aku sekolah rendah lagi.  tengok winter sonata sampai nenangis walhal aku cuma berumur 12 tahun dan tak kenal pun erti cinta. pastu tengok cerita full house, wonderful life, memories in bali, my 19 years old sister in law sampai yang latest-latest macam heartstring, secret garden, city hunter, oh! my lady. *list semua cerita sampai esok tak habis* 

dan sebab aku semakin tua dan tak berapa nak sesuai dengar lagu keras membenci cinta dan hentak-hentak kaki dan goncang-goncang kepala, aku pun berubah lah nak dengar kpop. thanks to TULUSIAN dan si Sha sebab berjaya mempengaruhi aku dengar irama kpop dan buat aku happy sampai sekarang 

tapi semua orang ada minat masing-masing kan ? aku cuma tak paham dengan CERTAIN orang yang tak boleh terima dengan minat orang lain. aku jenis yang tak kisah orang tu nak minat apa. macam mole, dia die hard fan new boyz. yang nyanyi lagu tangkap jiwang leleh suara sengau tomok ketika muda. tapi aku tak pernah hina minat dia bila dia seperti orang gila nampak gamabr tomok. 

aku tahu, artis korea tu nampak macam fake kan? muka perfect gile, pakai baju yang sumpah pelik. yang jejans pulak stok suka pakai skinny jeans warna-warni. frankly speaking, kalau org biasa pakai style korea pastu jenjalan dekat dataran pahlawan tu, memang nampak macam gay aite? ditambah pula dengan bromance mereka yang selalu di salah anggap sebagai gay. 

tapi apa masalah orang yang tak boleh terima dengan minat orang lain ni? fine, kalau kau tak suka apa yang kite org suka. tapi kau senyap je lah. memang kita semua ada hak nak bersuara dan kiteorang pun ada hak nak minat apa dan sape-sape je. jangan memekak macam anjing meyalak bukit. 

kalau nak hina minat kite orang ni, kite orang ade mintak duit kau ke untuk beli barang-barang kpop kite orang tu?? ada bukak lagu kekuat sampai buat telinga kau pekak?? idgaf lah pasal minat kau so jangan kacau minat kite orang. 

plus, kalau lah aku menyusahkan kau dengan suruh kau tolong downloadkan lelagu yang aku nak dengar ke, atau save gambar sampai penuh hard disk laptop kau, memang kau boleh bising. 






mungkin kau jeles sebab aku boleh get over kau. 
yupp ~
kau memang tak hensem macam donghae. deep in my heart, dah takde nama kau, muka kau or perasaan dekat kau. semua dah ganti dengan donghae. well, memang one sided love. tapi takpe. dari kecewa sakit dengan perangai kau. aku tahu kau jeles kan? dah kenal lama . dah masak dengan perangai kau. plus, aku sedar aku tak cantik. tapi kalau pagi petang siang malam tweet nak lelaki hensem tak jadi masalah kat kau kan? kenapa? insecure sebab aku akan dapat yang lagi hensem dari kau? kau tak payah hina minat orang atau rupa paras orang atau harga diri orang. cermin muka dulu sebelum bercakap. nak aku belikan cermin setinggi kau?

ada masalah dengan apa yang aku cakap?
terasa?


kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

3 comments:

wanie said...

go durrah! peduli apa orang cakap! asalkan kita happy :)

EiQa LyKa said...

saya pun suka kpop jugak..tp kawan2 saya asyik kutuk jew..sye buat bodo je dengn diorng..

AsmYza PaNda said...

ske kpop jgk,..setuju sgt2 dgn awak,.. dorang saje je dengki kte ske kpop,..puihh,..