cerita penghargaan untuk MCA

*pikir 2 3 jam jugak nak letak gambar gonjeng ni*

huh! rasa nak tampar je muka perempuan pakai shawl pink. bajet hijabster lah kan kau perempuan? 

siapa dorang? dorang lah insan-insan yang aku TUMPANG buat pergi kelas memandangkan aku tak reti nak bawak kenderaan sendiri waima basikal. sanggup oh berhimpit-himpit dalam myvi putih sampai 6 orang. dah macam van sapu je kalau tengok dari luar. myvi putih tu pun dah lali dengan penumpang-penumpang dia yang separa mental tu. 

kalau aku lapar, insan-insan diatas tulah yang bawak aku pergi makan. oh, aku memang tak reti malu keluar dengan sekumpulan lelaki dan aku sorang je perempuan. ada orang tanya, tak takut diperlakukan apa-apa ke? wadehel tanya soalan macam tu.. i dont think dorang nampak aku macam perempuan. ohoho, sedih tahu bila kengkawan sendiri kutuk aku bila aku pakai eyeliner meriah sikit. lemas dah jadi selekeh pergi kelas muka kilat pakai tshirt sarung selipar jamban. lagi sedih bila cecantik gaya fesyenista pakai shawal macam nak tercabut tu masa malam MMGA tu dikutuk sebagai mak nenek. even masa malam lan berambeh tu pakai baju ok, tudung simple pun kene jugak sebab mekap tebal sangat. 

berkawan dengan mereka memang kena tough dari segi fizikal dan mental. nasib baik aku antibodi kuat, housemates selalu pandang senget bila aku balik dari keluar dengan dorang aku bau rokok. mesti dalam hati dan caci maki buat prasangka buruk kan? masa pergi wangi bau far away, masa balik dah bau winston merah. nasib baik ayah aku, adik aku emamng perokok. dah tak kisah dah kalau bau rambut aku takde bau syampu herbal essence merah yang wangi dan manis tu. 

tapi masa aku clash teruk nangis dua tiga hari tu, dorang lah yang dengar aku bebel je. haha. mesti dorang rasa fakap gile dengar seorang perempuan g maki-maki kaum sejenis sendiri. 


oh, baidewei yang baju hitam belakang shawl pink tu single, lelaki pemalu dan tak pandang perempuan. g ar propose nak kapel. dijamin 'setia'. puahahaha


kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

Hidayah said...

hehe.dok umah sewa ke dik? kat ne?

cik tipikal said...

dok taman jati kak.. satu lorong dengan kedai dobi. hihi