saya bangga jadi geng power rangers sekolah menengah sains kuching

sebab si Anim, one of my best best bestfriend dari highschool update status pasal kenangan lama di sekolah menengah. aku pun terus KLMJ kenanganlalumengusikjiwa fikir pasal sekolah menengah. *menangis disebalik pintu*

hey, mana nak cari satu set kawan yang sebenarnya lain-lain pendapat, asyik bergaduh macam hanjing dan kucing, tapi tak boleh tak tegur lebih dari satu jam. yeah, thats us .. 
geng power rangers kami ada 5 orang. fazidah, anim, aliza, mole dan aku. 


anim sekarang study dekat UNIMAS belajar pasal ape tah. apa yang aku tahu ada kaitan dengan psikologi. wahh kau, boleh kerja jadi pengarah hospital batu 7 kan? :P

fazidah pulak dekat UMP belajar biotechnology. dia memang kaki bio. bagi lah buku bio untuk bagi dia baca, dia akan eksaited gile dan baca sampai habis tanpa rasa mengantuk. *walaupun dia suka tidur dalam kelas dari form 2 sampai form 5*

aliza dekat UiTM Samarahan amik diploma in science. aku satu kelas dengan dia masa form 5. dia rajin, aku malas. kalau aku rajin macam dia, boleh dah study dekat seoul kau tahu?

mole? nama betul dia  rafidah. dia ni business woman sekarang. kaya. *fullstop*


merekalah rakan sepermainan aku waktu aku sebatang kara dekat kuching. mereka juga crime partner. si jidah tu, timbalan pengerusi MPP. orang no 2 penting dekat sekolah, merangkap orang no 2 yang patut skema. mole pulak MPP biro displin, anim MPP biro kebajikan dan aliza adalah setiausaha Badan Kebajikan Pelajar Islam. geng aku ni semua pangkat besar dekat sekolah. aku je fail sebab aku cuma murid biasa yang banyak bagi masalah dekat semua cikgu. 

dengan dorang lah, aku eskep terawih pastu duduk dekat luar surau makan saki baki bukak puasa tapi bila waktu moreh kami lah orang yang berada barisan hadapan sekali. *memang dasar muka tak tahu malu*

kami rajin bergaduh tentang apa saja. sebut lah, pasal lelaki, pasal junior, pasal study, pasal nak makan malam dekat DM, pasal baju apa nak pakai pergi prep. but then, friendship kite org takde sape boleh lawan. 
kami ada dekat sisi anim bila dia ada masalah sampai masuk hospital. kami ada kat sisi mole bila dia sakit. kami ada kat sisi jidah bila dia hepi dengan boyfie dia. 

thanks dekat dorang yang still accept aku macam biasa atas semua kesilapan yang aku pernah buat masa sekolah dulu. still ingat lagi bila dorang bukak tangan leluas nak peluk aku bila aku dalam state yang memang tak stabil langsung. dorang kat pihak aku. dorang ada bila aku sedih. mana nak carik kawan macam ni lagi? 

mana nak cari kawan yang aku text cakap aku ada masalah, dia terus kol? 
mana? mana? mana?

*kesat air mata*







kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

ask me said...

i suggest u to read a novel "Tunas written by Hlovate."

the story is about a group of girl in their school life.

i guess u will remember all those memory with you "power Rangers." hehe

or maybe u did read, did you?

ask me said...
This comment has been removed by the author.