Tabiat Perempuan Pelik

hai semoram ! 
sepatutnya aku study industrial safety and health untuk paper esok, tapi aku dengan sengaja mensia-siakan waktu yang ada depan setan empat segi ni *salahkan twitter dengan tumblr*. 

hari ni, aku nak cerita perihal tabiat perempuan pelik yang sorang ni. pelik dia kalah alien dari marikh mahupun jupiter. 

dia ni sangat suka like page kedai online yang ada dekat facebook tu. kau sebut kedai apa, dia tahu kot. pastu masa lapang dia terbazir dengan  duduk depan kedai online tu jelajah semua barang yang ditawarkan. 

jelajah sesenyap takpe woi, ini tidak. dok jerit-jerit nak nak. kengkonon nak beli lah kan? 
padahal cimb click mahupun maybank2u pun takde. pastu akaun dalam cimb tuh tak pernahnye lebih dari seratus hengget. jenis kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

selainlah beliau ni dah takde duit sebenarnya, bila dipikir-pikir balik dia nak pergi mana dengan pakaian yang trendy bergaya dan comel gaya minah korea tu? beg cecomel polka dot  ke jejalur ke atau beg kaler fluorescence macam kebanyakan yang ada tuh? ujung-ujung pakai beg pink recycle converse rege seringgit tuh. nak beli segala menatang platform yang tinggi dekat setengah meter tuh? nak pergi mana woy? kehujungnya, pergi kelas pakai safety boot je. 

parah-parah. untung beliau ni tak banyak duit. kalau jenis dapat elaun mara tetiap bulan, mau tanga laju je meng'order'. penat posmen nak hantar pergi rumah. 

p/s : esok final exam. esok SPM.

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

and i'm the one yg suke like blogshop dan sgt suke beli brg online.hehehe.tahu tak mana ada jual barangan kartun elmo?

- GC - said...

i like blogshop utk barang baby!! canteknyaaaa.. abeh duit dlm mebengtuyu..