perutusan khas untuk ANON tersayang

dear anon, 

hi.. :)
lama rasanya kita tak berjumpa. i dont know if you are the same anon from before or the newest one. but whoever you are, IDGAF. 

first, you are teeling me that i am the one yang syok sendiri in my previous entry. LOL to you. 
pastu cakap yang aku ni gila talak? sejak bila aku kahwin pastu bercerai pastu nak kat bekas suami aku balik? 

yup, aku tak mention siapa bukan bermaksud aku syok sendiri. dan bermaksud aku perasan. 

mungkin aku patut belikan kau cermin lah anon. kau yang pelik sebab cakap benda pelik. 
nak menegur konon-konon tapi bersifat pengecut. -..-

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

mood jiwa jiwa

scene di satu malam 


gf : rindu.. okbai. 


*seminit lepas tu*


bf : eh? itu je? haha.. i bz la dear 


si gf tu memang tau yang bf dia sangat busy macam perdana menteri. perempuan tu konon nak bertindak manis tapi macam tak jadi. harem, ego lebih ! ngaku jelah kau rindu tahap langit petala tujuh. 
tapi sebelum tu dah merajuk siap matikan handphone. ptuih, ludah muka perempuan ni please. umur dah 20, perangai macam budak baru pertama kali bercinta. 


perempuan ni tengah berfikir. apakah bf dia tahu nama penuh dia?

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

unpopular opinion terhadap kpop , kipas susah mati kpop serta haters kpop

scene kpop dekat malaysia ni dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. ala sama lah macam zaman indie dulu. macam tu jugak. cuma kpop ni dari luar negara. dari negara beriklim 4 musim yang ada banyak lelaki kacak lagi ber'6-packs' juga wanita yang muka baby-faced kaki cantik. *pandang muka sendiri dekat cermin*


sejak kebelakangan ni, semua orang nak mengaku mereka minat kpop. kau sebut lah nama group yang ada, semua ada kipas susah mati yang tersendiri. Super Junior, Big Bang, TVXQ, JYJ, SNSD, Wonder Girls, KARA, BEAST, CN BLUE dan banyak lagi. kalau aku list semua nama yang ada, tak habis entri ni. semua ada minat yang tersendiri. 


ada yang minat sebab wajah dan pakej badan yang menarik. ada yang minat sebab lagu dan muzik yang dipertaruhkan. ye, lagu korea memang penuh dengan lagu cinta. tapi taklah lirik dia mengarut macam lagu mainstream yang rancak diputarkan di radio. aku lebih rela dengar lagu Cinta Muka Bulu dari lagu asal. ada yang minat kpop sebab tau dari drama korea yang cliche tu dan juga variety show dia yang super fun. tak payah tengok jauh, contoh ada depan mata. aku sendiri. lepas clash teruk dengan lelaki tak berapa nak ada kegunaan tu, aku release sambil tengok running man kot. 


untuk kipas susah mati, mereka ada sebab kenapa mereka jadi kipas susah mati. mungkin mereka dah muak dengan hidangan artis negara sendiri yang pada pendapat mereka kurang kualiti. bukan nak kata artis negara sendiri takde bakat, lihat sahaja ANUAR ZAIN. stok nak nyanyi dekat majlis tertutup je. tak main ah nyanyi kat funfair mahupun ekspo kampung, hamagad.. hensem taww. hari tu, dia mesej aku cakap dia tunggu aku grad baru dia nak kahwin. nak kahwin dengan sape? kahwin dengan aku lah.. pepandai je orang tuduh dia gay kan? memfitnah je keje orang melayu ni. artis negara sendiri peymes sebab kalau tak jadi orang ketiga rumah tangga *pandang pasah sendat* , kahwin dengan vip mahupun VVIP *pandang silah kamaruddin* memang payah lah nama nak hangat. keluar satu single, top kat radio lepas tu terus senyap. tau tau kahwin ngan dato , majlis sampai 20 juta. 


kan hensem tu. kalah kau, choi siwon. kekeke 

beberapa sebab kenapa mereka minat artis kpop :-

1. aset tubuh dan muka. 
    badan macam papan pembasuh ni kan, sape tak terliur tengok. mengundang kan?


2. tarian yang segar dan mampu menguruskan badan. 
    korang cuba bandingkan dua video dibawah dan buat penilaian sendiri. mana satu tarian
    pro bak hang mana satu tarian taraf senam aerobik perdana SMS KUCHING. 





3. drama korea yang asyik lagi melalaikan
drama korea ni memang cliche. penuh dengan cinta yang indah, mengasikkan serta melalaikan. penuh dengan tipu daya yang lelaki ni adalah jenis paling romantik di alam semesta. dah tau cliche, lagi kau tengok kan? lagi kau indulge kan diri kau dengan bayangan penipuan macam tu? tapi lagi ok lah dari drama negara sendiri yang tak habis-habis dengan unsur-undur dengki, jatuh cinta dekat suami orang, curang dengan suami sendiri juga perasaan cemburu pada dengki. pastu jalan penyelesaian adalah dengan guna bantuan bomoh. haru biru. 

cukuplah bercerita pasal para pencinta kpop. sekarang aku nak bercerita pasal pembenci dia. 

nak cerita pasal pencinta pun boleh gila, pasal pembenci lagi lah. 

mostly pembenci dia terdiri dalam kalangan lelaki melayu lah. hok jeles betul dengan populariti lelaki korea yang berjaya buat gadis-gadis melayu tak pandang waima sebelah mata kepada mereka. itu yang pertama. ala, perasaan hasad dengki tu dah macam perasaan wajib untuk setiap rakyat. 

juga pembenci kpop ni biasanya adalah manusia yang berumur ataupun agak dewasa. tapi pada umur je lah. pemikiran haram tak dewasa pun. harus diingatkan bahawa pencinta kpop biasanya adalah pelajar sekolah rendah dan menengah yang terang-terang pemikiran tak matang. dan kau dah kenapa wahai pembenci sekelian ? tak boleh ke biarkan peminat eh pencinta genre ni bebas buat apa je. ni kan negara demokrasi ? racist ahh korang ni. korang tak rasa ke korang pergi kutuk-kutuk ni langsung tak matang? just saying je lah kan. sebab aku rasa kita sebagai manusia kena hormati pandangan orang, minat orang. bebudak tu dok jadi gila kat kpop tak mintak duit korang pun kan?


jenis pembenci yang dok label kpop ni k-pork pun ada jugak. padahal, layan GIRL GENERATION yang dok pakai seluar pendek walaupun di musim sejuk setiap malam sebelum tidur. hipokrit kan kau? hipokrit kan? hah! 

kalau nak kata yang kpop ni melalaikan, kau dengar nasyid pun boleh lalai lah. semua tu bermula dari hati. lagi satu, indie ke, metal ke, kpop ke, nasyid ke, itu semua idea kapitalis . nak kata pencinta kpop ni obses ? aku pernah nampak seorang peminat nasyid ni nangis-nangis sebab artis tu kahwin. err? 


orang macam ni pun ade ke? muka jenis kuala layak ke kau nak lawan super junior? lulz!!!

aku benci kpop. sekian terima kasih
hehe. dengan harapan mahukan komen sampai beribu. 
pelacur perhatian pelacur perhatian 


kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

muntah hijau baca buku undang-undang


kali ni dah masuk kali ke dua belas aku ulang tayang baca buku ni. rasa stress mencanak naik kalah stress study untuk final exam. sebab stress, mula lah 2 3 bijik jerawat nak kat muka. jerawat biasa takpe. ni macam jerawat batu aku tengok. 

satu hal lagi, aku ni tak reti nak bawak motor. i meant menunggang motosikal. tapi menggedik nak buat lesen motor jugak. 

ni nak sambung untuk kali ke tiga belas dan seterusnya. if aku muntah atas katil, aku panggil lah sesape tolong bersihkan. 

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

Ekspedisi Gunung Ledang 5 *edisi perempuan gemuk aka anak ledang 1180*

*sapu-sapu habuk dekat blog*


assalamualaikum, aku kembali menarik balik keputusan untuk delete facebook dan blog terchenta ni. soal isu taja doamin blog ni, aku dah selesaikan. aku bayar sendiri. dah takde sugar daddy yang nak bayar lagi dah. *nasib badan sebab ada muka tak cantik pastu takdak boyfriend*


well, aku baru balik ekspedisi gunung ledang. kaki masih sakit, tekak masih perit dan suara pulak kejap ada kejap takde. 


nak jugak gebang dekat korang perihal aku panjat gunung ni. tapi tak boleh nak gebang sangat lah sebab aku pancit. padan muka kau, durrah. dasar perempuan gemuk banyak lemak. itu pasal jalan lambat macam siput. stamina aku dah takde. hilang entah kemana. jalan tak sampai 100 m dah mengah kalah marathon 10 km. bukan kerja haku angkut beg ke ape. beg aku yang tak berat tu pun aku pergi buli orang suruh bawak. 



menyempat lagi posing. nampak tak haku yang bertongkat macam penjaga gunung tu? salahkan badan yang gemuk. 


ash, stop buat muka buruk tuh.. 


sha dan tadan. sehati sejiwa gua cakap lu. tapi hujung-hujung sha kene tinggal tadan. tadan kejam kan?


beg haku yang aku beli masa aku tengah bahagia dulu. sekarang beg pink dah tak rupa beg orang dah. kotor gila lah.. padan muka aku. sapa suruh bawak beg kaler meriah macam nak turun pavi kan? padan muka. ada cerita pasal beg ni. supposedly, beg ni aku yg bawak sebab dalam tu ada raincoat, botol air, makanan aku. tapi sebab ada orang tawar diri nak bawak kan, aku bagi jelah. memula tu elok je mamat ni jalan depan aku. kengkadang belakang, jalan pun gaya bersiar-siar. bawak 2 beg, tangan masuk poket. memang coolio habis. tapi lelama kok makin tak sabar lalu ditinggalnya aku, seorang perempuan yang lemah ini. kesudah, aku haus mintak air orang .. cerita masa turun lagi macam haram. beg aku sampai sejam awal dari aku. tap tak boleh lah aku nak marah tukang bawak beg kan? kena lah aku bersyukur. 


TERIMA KASIH LAH BUDAK SEBAB BAWAK BEG COMEL AKU NI. 
tahun depan belanja seoul garden. *kalau aku byk duit*


menyampah lah tengok muka perempuan ni. bajet gila senyuman. dah lah gemuk, lambat macam siput. sesat tengah jalan . nasib baik tak kena serang dengan babi. kalau tak, takdelah perempuan ni kat muka bumi dahh.. 

peserta Ekspedisi Gunung Ledang 5 yang sempoi. 

nazmi, shaari, hantu, nisah, fara, me (the almighty durrah), luthfi dan haris

group yang makan KFC tengah hutan. kool kan?


lari jauh-jauh sebab semua dalam gambar bau busuk. *tutup hidung*


siapa amik gambar ni? ni kalau bakal mak mertua tengok ni, mau aku kene rejek.. ahhhhh


asal pergi tempat baru, mesti aku ada nama baru. 
masa EGL ni, orang panggil aku korea. puahaha.. 
*bangga kejap walhal kulit aku macam orang nigeria*

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.