Ekspedisi Gunung Ledang 5 *edisi perempuan gemuk aka anak ledang 1180*

*sapu-sapu habuk dekat blog*


assalamualaikum, aku kembali menarik balik keputusan untuk delete facebook dan blog terchenta ni. soal isu taja doamin blog ni, aku dah selesaikan. aku bayar sendiri. dah takde sugar daddy yang nak bayar lagi dah. *nasib badan sebab ada muka tak cantik pastu takdak boyfriend*


well, aku baru balik ekspedisi gunung ledang. kaki masih sakit, tekak masih perit dan suara pulak kejap ada kejap takde. 


nak jugak gebang dekat korang perihal aku panjat gunung ni. tapi tak boleh nak gebang sangat lah sebab aku pancit. padan muka kau, durrah. dasar perempuan gemuk banyak lemak. itu pasal jalan lambat macam siput. stamina aku dah takde. hilang entah kemana. jalan tak sampai 100 m dah mengah kalah marathon 10 km. bukan kerja haku angkut beg ke ape. beg aku yang tak berat tu pun aku pergi buli orang suruh bawak. 



menyempat lagi posing. nampak tak haku yang bertongkat macam penjaga gunung tu? salahkan badan yang gemuk. 


ash, stop buat muka buruk tuh.. 


sha dan tadan. sehati sejiwa gua cakap lu. tapi hujung-hujung sha kene tinggal tadan. tadan kejam kan?


beg haku yang aku beli masa aku tengah bahagia dulu. sekarang beg pink dah tak rupa beg orang dah. kotor gila lah.. padan muka aku. sapa suruh bawak beg kaler meriah macam nak turun pavi kan? padan muka. ada cerita pasal beg ni. supposedly, beg ni aku yg bawak sebab dalam tu ada raincoat, botol air, makanan aku. tapi sebab ada orang tawar diri nak bawak kan, aku bagi jelah. memula tu elok je mamat ni jalan depan aku. kengkadang belakang, jalan pun gaya bersiar-siar. bawak 2 beg, tangan masuk poket. memang coolio habis. tapi lelama kok makin tak sabar lalu ditinggalnya aku, seorang perempuan yang lemah ini. kesudah, aku haus mintak air orang .. cerita masa turun lagi macam haram. beg aku sampai sejam awal dari aku. tap tak boleh lah aku nak marah tukang bawak beg kan? kena lah aku bersyukur. 


TERIMA KASIH LAH BUDAK SEBAB BAWAK BEG COMEL AKU NI. 
tahun depan belanja seoul garden. *kalau aku byk duit*


menyampah lah tengok muka perempuan ni. bajet gila senyuman. dah lah gemuk, lambat macam siput. sesat tengah jalan . nasib baik tak kena serang dengan babi. kalau tak, takdelah perempuan ni kat muka bumi dahh.. 

peserta Ekspedisi Gunung Ledang 5 yang sempoi. 

nazmi, shaari, hantu, nisah, fara, me (the almighty durrah), luthfi dan haris

group yang makan KFC tengah hutan. kool kan?


lari jauh-jauh sebab semua dalam gambar bau busuk. *tutup hidung*


siapa amik gambar ni? ni kalau bakal mak mertua tengok ni, mau aku kene rejek.. ahhhhh


asal pergi tempat baru, mesti aku ada nama baru. 
masa EGL ni, orang panggil aku korea. puahaha.. 
*bangga kejap walhal kulit aku macam orang nigeria*

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

Dea Vella said...

best best best!!! n.nv

Fatimah Ali said...

woah. bestnya.