unpopular opinion terhadap kpop , kipas susah mati kpop serta haters kpop

scene kpop dekat malaysia ni dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. ala sama lah macam zaman indie dulu. macam tu jugak. cuma kpop ni dari luar negara. dari negara beriklim 4 musim yang ada banyak lelaki kacak lagi ber'6-packs' juga wanita yang muka baby-faced kaki cantik. *pandang muka sendiri dekat cermin*


sejak kebelakangan ni, semua orang nak mengaku mereka minat kpop. kau sebut lah nama group yang ada, semua ada kipas susah mati yang tersendiri. Super Junior, Big Bang, TVXQ, JYJ, SNSD, Wonder Girls, KARA, BEAST, CN BLUE dan banyak lagi. kalau aku list semua nama yang ada, tak habis entri ni. semua ada minat yang tersendiri. 


ada yang minat sebab wajah dan pakej badan yang menarik. ada yang minat sebab lagu dan muzik yang dipertaruhkan. ye, lagu korea memang penuh dengan lagu cinta. tapi taklah lirik dia mengarut macam lagu mainstream yang rancak diputarkan di radio. aku lebih rela dengar lagu Cinta Muka Bulu dari lagu asal. ada yang minat kpop sebab tau dari drama korea yang cliche tu dan juga variety show dia yang super fun. tak payah tengok jauh, contoh ada depan mata. aku sendiri. lepas clash teruk dengan lelaki tak berapa nak ada kegunaan tu, aku release sambil tengok running man kot. 


untuk kipas susah mati, mereka ada sebab kenapa mereka jadi kipas susah mati. mungkin mereka dah muak dengan hidangan artis negara sendiri yang pada pendapat mereka kurang kualiti. bukan nak kata artis negara sendiri takde bakat, lihat sahaja ANUAR ZAIN. stok nak nyanyi dekat majlis tertutup je. tak main ah nyanyi kat funfair mahupun ekspo kampung, hamagad.. hensem taww. hari tu, dia mesej aku cakap dia tunggu aku grad baru dia nak kahwin. nak kahwin dengan sape? kahwin dengan aku lah.. pepandai je orang tuduh dia gay kan? memfitnah je keje orang melayu ni. artis negara sendiri peymes sebab kalau tak jadi orang ketiga rumah tangga *pandang pasah sendat* , kahwin dengan vip mahupun VVIP *pandang silah kamaruddin* memang payah lah nama nak hangat. keluar satu single, top kat radio lepas tu terus senyap. tau tau kahwin ngan dato , majlis sampai 20 juta. 


kan hensem tu. kalah kau, choi siwon. kekeke 

beberapa sebab kenapa mereka minat artis kpop :-

1. aset tubuh dan muka. 
    badan macam papan pembasuh ni kan, sape tak terliur tengok. mengundang kan?


2. tarian yang segar dan mampu menguruskan badan. 
    korang cuba bandingkan dua video dibawah dan buat penilaian sendiri. mana satu tarian
    pro bak hang mana satu tarian taraf senam aerobik perdana SMS KUCHING. 





3. drama korea yang asyik lagi melalaikan
drama korea ni memang cliche. penuh dengan cinta yang indah, mengasikkan serta melalaikan. penuh dengan tipu daya yang lelaki ni adalah jenis paling romantik di alam semesta. dah tau cliche, lagi kau tengok kan? lagi kau indulge kan diri kau dengan bayangan penipuan macam tu? tapi lagi ok lah dari drama negara sendiri yang tak habis-habis dengan unsur-undur dengki, jatuh cinta dekat suami orang, curang dengan suami sendiri juga perasaan cemburu pada dengki. pastu jalan penyelesaian adalah dengan guna bantuan bomoh. haru biru. 

cukuplah bercerita pasal para pencinta kpop. sekarang aku nak bercerita pasal pembenci dia. 

nak cerita pasal pencinta pun boleh gila, pasal pembenci lagi lah. 

mostly pembenci dia terdiri dalam kalangan lelaki melayu lah. hok jeles betul dengan populariti lelaki korea yang berjaya buat gadis-gadis melayu tak pandang waima sebelah mata kepada mereka. itu yang pertama. ala, perasaan hasad dengki tu dah macam perasaan wajib untuk setiap rakyat. 

juga pembenci kpop ni biasanya adalah manusia yang berumur ataupun agak dewasa. tapi pada umur je lah. pemikiran haram tak dewasa pun. harus diingatkan bahawa pencinta kpop biasanya adalah pelajar sekolah rendah dan menengah yang terang-terang pemikiran tak matang. dan kau dah kenapa wahai pembenci sekelian ? tak boleh ke biarkan peminat eh pencinta genre ni bebas buat apa je. ni kan negara demokrasi ? racist ahh korang ni. korang tak rasa ke korang pergi kutuk-kutuk ni langsung tak matang? just saying je lah kan. sebab aku rasa kita sebagai manusia kena hormati pandangan orang, minat orang. bebudak tu dok jadi gila kat kpop tak mintak duit korang pun kan?


jenis pembenci yang dok label kpop ni k-pork pun ada jugak. padahal, layan GIRL GENERATION yang dok pakai seluar pendek walaupun di musim sejuk setiap malam sebelum tidur. hipokrit kan kau? hipokrit kan? hah! 

kalau nak kata yang kpop ni melalaikan, kau dengar nasyid pun boleh lalai lah. semua tu bermula dari hati. lagi satu, indie ke, metal ke, kpop ke, nasyid ke, itu semua idea kapitalis . nak kata pencinta kpop ni obses ? aku pernah nampak seorang peminat nasyid ni nangis-nangis sebab artis tu kahwin. err? 


orang macam ni pun ade ke? muka jenis kuala layak ke kau nak lawan super junior? lulz!!!

aku benci kpop. sekian terima kasih
hehe. dengan harapan mahukan komen sampai beribu. 
pelacur perhatian pelacur perhatian 


kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

2 comments:

atiqsalleh said...

haha.. aku pun benci gler dengan k-pop nie.. tah pape.. memang la hensem.. tapi jambu sangat la.. dah tue org malaysia nie sibok nk ikut org sana.. kalo kulit putih takpe.. nie tak hitam kurang sikit.. hahaha...

bab cter diowg tue memang melalaikan.. sampai ada kawan aku yang solat laju gler sebab nak sambung tgk cter korea tue. tah pape.. pastu nages.. sebab sedih.. realitinya.. ada ke lelaki korea yang betul2 romantik?? haha.. kalo cter melayu romantik macam tue.. taw pulak menyampah.. tue la org melayu.. bila melayu nak naik.. mula org nak tonyoh ke bawah.. haha..

Ain Yasmin said...

aku suka running man...sebab ada kim jong kook...korea variety show nya best *thumbs up*