kisah cinta segi tiga illuminati


satu hari, joyah berkenalan dengan samad. samad ni memang pakej, kata orang dia punya ciri-ciri idaman wanita single sekelian. hoi, samad ni tinggi dia kalah artis kpop, muka pun boleh tahan ada market. jenis kalau bawak jenjalan dekat pavilion, memang joyah takkan malu. jauh beza dengan bekas joyah yang takde rupa tu. lagipun joyah memang dah cukup masak dengan kisah samad yang dah punya chikaro pujaan hati.

disebabkan joyah dah aware sangat dengan fakta yang samad  dah ade chikaro, maka joyah rasa berkawan dengan samad tak mungkin akan menimbulkan satu perasaan yang semacam. 
bermulalah satu episod baru dalam hidup joyah, lagipun joyah ni dah lama men'janda' [baca : single]. handphone joyah yang sebelum ni tak pernah berbunyi yang taraf dia dah boleh buat sendal pintu. sebab samad lah, dia on skype yang dah berkurun dia tak bukak. bagi joyah, persahabatan bersama samad adalah yang paling indah. samad dilihat sangat sesuai menjadi rakan baik. 



disebabkan satu peristiwa buruk telah terjadi dalam hidup joyah. joyah rasa down. joyah ingat dunia joyah dah berakhir. joyah adu nasib dekat samad. samad , sorang lelaki maskulin yang ingin bertindak secara gentleman telah menenangkan joyah. samad kata joyah boleh jadikan dia sebagai tempat bergantung dan tempat joyah mengadu nasib. samad bagi semangat dekat joyah. samad bertindak tak ubah macam bf joyah. mungkin joyah desperate. joyah terdesak ingin disayangi, maka hati joyah mulai bergoncang. entah apa yang merasuk samad, samad confessed yang dia suka joyah. joyah ambik mudah. joyah maki hamun dalam hati, wadehel nak suka aku yang gemuk , selekeh dan tak hot ni? pun begitu, hati joyah juga dah mula goyah. hoi, org penuh pakej suka kat joyah takkan joyah nak rejek gaya joyah ni chantek macam neelofa? joyah terima. joyah tolak fakta yang samad ada chikaro sebab joyah fikir samad mampu berlaku adil. 



maka bermula lagi satu episod baru dalam hidup joyah. samad buat joyah macam perfect gf. samad text joyah dengan penuh kasih sayang, samad call joyah ucap kata-kata rindu. hati joyah sentiasa berbunga-bunga. bangga joyah dapat yang baru , yang lagi baik dr bekas joyah yang tak guna tu. namun panas yang joyah harap sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari. chikaro samad yang nama gayah muncul . gayah study dekat uganda. jauh, itu sebab samad cari joyah. sudah, joyah serba salah. gayah call dari uganda minta joyah menjauhkan diri. sbb gayah cek fb samad. *oh gayah, pajal kau QC dohh?* joyah dah start sayang samad. masalah besar ni, ternyata bila perkara ini terjadi, samad dilihat sangat keliru. katanya stuck between joyah dan gayah. cuma bezanya, dia cintakan gayah lebih dari joyah. dah 3 tahun katakan. joyah ambil jalan mudah, tinggalkan samad sebelum perasaan menjadi berat.. 


aku taknak komen banyak. 

joyah


1st, stop blaming joyah yang jadi orang ketiga dalam hubungan samad dan gayah. dah kalau samad tak sedar diri dah ade chikaro, pastu dok melayan joyah nak salahkan joyah lagi. bukan joyah yang goda samad. joyah layan samad samarata mcam joyah layan kawan lelaki dia. dah kalau betul samad tu sayang sangat kat gayah, dia takkan carik joyah lah at the first place. dalam situasi ni, samad dilihat mengambil kesempatan atas kesusahan joyah. ingat samad, samad bukan pegawai welfare nak yolong semua perempuan yang dalam kesusahan dekat dunia ni. 

gayah

2nd, untuk gayah dan perempuan yang dalam situasi gayah. can u stop asking the third person jauhkan diri dari orang macam samad? hey, kalau samad betul sayangkan gayah, dia takkan cari joyah. stop blaming the third person. your man is not worth to fight. seriously. kalau dah kahwin dengan orang macam samad, sila expect dia ade perempuan simpanan ataupun bini no 2, 3 dan 4. sebagai gayah, tolong jangan kongkong dan control lelaki macam samad. dia orang bisa rimas. samad cari joyah mungkin sebab joyah ni geng hipster yang tak control samad. gayah, kau kacak. kau tinggalkan samad berjuta orang nak kat kau

samad

3rd, untuk samad dan orang macam samad. please make up your mind dude !!!! kau hensem, kau laku, kau hot sentap. kalau kau tinggalkan gayah tu, pulun perempuan datang nak isi tempat gayah. dah kalau kau bosan dengan gayah, kau please jangan sakitkan hati gayah. dan stop buat perempuan macam joyah kecewa. joyah bukan robot yang ada suis perasaan. dan kau bukan welfare officer nak jaga kebajikan semua perempuan. aku harap samad, gayah dan joyah boleh stay as friend. 

ni pesan aku untuk samad, gayah, joyah dan semoram. 

Real men stay faithful. They don't have time to look for other women, because they are too busy loving the one they have.

kalau terasa maaf, kalau tak terasa takpe.
ini salah satu pengajaran hidup. 

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

4 comments:

Ain Yasmin said...

bak kata johnny depp "If you love two people at the same time choose the second one because if you really loved the first one you wouldnt have fallen for the second"

just saying \m/

durrah khairuddin said...

suka qoute yaaa.. :O

fiq kamu said...

Samad punya angkara, dua perempuan derita. dia yg tak tahu mcm mana nak buka mulut. tak dapat resolve perasaan sendiri. paling koman sekali seumur hidup perempuan akan jumpa lelaki tak matured mcm samad ni.

aku tak tahu pulak yg gayah kol joyah. anyways, lelaki mcm samad bersepah kat luar lah yang. n joyah, skg joyah kena tingkatkan self esteem yg kena pijak dgn samad. wadehel samad how dare u!

put ur chin up, and walk on.take all ur time to berkabung and let's not get ur love wasted anymore sayang. he not that kind of worthy.

aku personally akan rasa bangga kalau Joyah tnggalkan lelaki tanpa masa depan tu awal2. daripada drag lama2, Joyah bukan untung apa2.

hwaiting ^^

~sHiDa dAn sAfUaN FaMiLy~ said...

saya pun x suka kpop/..
hehehe
i dah follow u.
u follow i plak k..
hehehee
http://sehati0818.blogspot.com/