Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2011 *edisi hafiz rambut kembang ajak aku bergambar dengan dia*

*PERINGATAN : entri banyak gambar*


pada mulanya aku nak tulis entri yang berbau bahasa sarawak tetapi memandangkan pembaca blog aku ni bukan semua yang paham aku mengarut pasal apa, jadi aku buat keputusan teguh untuk tulis dalam bahasa standard. *aku bajet ada orang nak baca aku merepek pasal apa kan?*

hari jumaat lepas, aku dengan muka tak malunya menjadikan diri sendiri sebagai anak sarawak dan mengikuti Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2011. ada dua sebab jadi muka tak malu ni, first sebab nak jumpa kawanpkawan sekolah yang dekat 3 tahun tak jumpa. second pulak sebab dapat MAKAN FREE!!

disebabkan tergesa-gesa nak pergi dengan jadual mingguan yang hectic kalah retiss, aku pergi event tu simple jep.. bukan macam malam gala yang aku dress kalah datin dengan shawal loose gaya nak tercabut tu. tarik baju kurung cotton, amik tudung bawal sha. wallah, siap. *thanks lah geng MCA sebab kritik cara aku berpakaian. korang mmg taknak tengok aku cantik kan? hahaha*

*aku mulai rasa aku cam cantik dan sesuai pakai tudung bawal je*

bertolak dari micet pukul 5 petang. thanks to lynn dan wan pahang sebab sudi hangkut perempuan gemuk ni sekali naik kereta korang. baidewei, orang yang paling lambat bersiap bukanlah aku mahupun lynn tapi wan pahang sendiri. nak kata dia bermekap, tak mungkin pulop kan?

 






sesampainya disana, tempat semua dah penuh. sama ada kene berdiri atau buat muka tal malu dudk kat atas lantai. itu sahaja options yang ada.. nak berdiri sepanjang majlis? itu kerja gila! that night, i wear high heels about 5 inches. kau tahu seksa dia macam mana? rasa macam nak kaki ayam dekat situ. thanks god sebab time kerja aku kena pakai safety boots yang berat. aku rela dari pakai killer high heels yang menyakitkan. 







tapi disebabkan aku ini comel, cantik dan gojes serta sangat menghormati senior sekolah, aku telah ditarik masuk untuk memenuhi meja mereka. wahh ! aku dapat makan diatas meja. *bahagia*
as for menu, menu atas meja sangatlah tipikal. those foods ada kat mana-mana kat Semenanjung ni. aku expect lah ada bubur pedas ke, masak hitam ke, kek lapis sarawak ke , umai ke. yang ada cuma laksa sarawak dengan mee kolok. itupun kene tetolak macam pelarian nak bantuan makanan. thanks to that abang sebab jatuh ketar lutut bg aku potong queue dia. haha. *girls power rule the world*








laksa sarawak


masa aku tengah enak menikmati laksa sarawak ni sambil KLMJ, si taib mahmud datang meja  ke meja untuk beramah mesra. aku tak expect dia nak dtg meja aku. so aku wat tak tahu lah sambung layan laksa sarawak. sekali dia datang hulur tangan. fair enough kalau aku kata dia yang nak salam aku sebenarnya. hihi. 





bini dia cantik betul. boleh cakap melayu ke tidak ni?

dah selesai makan, kite orang keluar dewan untuk berphotoshoot. maaflah, batch SAINSKU 0408 ni memang alergik tengok kamera. jenis penyakit nak berposing je keje. lagipun dalam dewan dah tak menarik. retis sesuam kuku yang tak reti nak bawak lagu bahasa sendiri. apa majlis raya bawak lagu BI? kalau kite org kutuk kang, nak naik angin kan? thanks to Hafiz sebab bawak mood. ekceli tak lah eksaited sangat tapi tang dia tu je yang paling ok kan, aku dengan si jidah bukan main duduk depan pentas amik gambar ala-ala fan taken macam kat korea tuh. 



dia nyanyi live sedap kot. tak sia-sia lah jadi retis kan? memula kiteorg ingat tak boleh amik gambar dengan dia, tapi rupanya boleh amik gambar dengan dia. amik peluang lah kan? nak nak si jidah ni.. 
*stok pipi tembam*

so, lepas amik gambar dengan retis. kite orang pun kumpul kawan-kwan lama. borak-borak benda yang sama nilai dengan tiga tahun tak jumpa. bising? memang PWTC ni kite orang punya pun. haha. 

amira dan jidah


jidah, me and lynn


hafzal and MISS ANGOLA


jidah, kak syirah, me and atul. 
fyi, kak syirah ni adalah roomate aku dari aku form 1 sampai form 4. dia tengok aku membesar. masa sekola, aku tinggal kat bilik yang aku ni maknae sampai form 3. tengok orang lain dapat junior baru dalam bilik buat aku jeles gila. tapi seronok sebab leh ngengada ngan akak bilik tanpa perlu bersaing. 


my besties and me
*go POWER RANGERS SEKOLAH*


kengkonon nak buat saranghae dengan letak muka atul kat tetengah


malaysia next top model kalau tak amik kira pasal ketinggian. haha


me, safwan, azrul, afiq junior, jidah and step. 


antara bebudak SAINSKU 0408 yang datang malam tu


hoyeah.. saranghae!!!


SAINSKU 0408


ohmagah.. buntut haku. asal menyerlah sangat?


jidah and step





adalah yang menuduh kite orang ni freemason kan?






sapa nama budak nih? tapi dia lah yang jadi photographer yang pakai kamera digittal je. thanks lah budak eyh?


kami semua adalah calon menantu yang terbaik untuk para ibu bapa diluar sana. 
sila pilih kami. 


jidah orang kerdil, aku orang gergasi


lagi nak jual muka dekat blog


arif and me. 




bell and step


me and my senior, kak fatin. dia comel. dia sangat comel. 
aku tengok kat fb dia, dia ada main cosplay.. 

mak datin and bibik.
mira adalah mak datin dan aku sekadar bibik. 



atul awek aki dengan aku. 
mulut itik aku buat aku rasa nak bunuh diri


sape ade foot fetish? jgn sesegan nak save as ea?






adakah mereka ni ada*something* yang kite tak tahu?



sekian sahaja laporan dari kawasan kejadian. 

next year, kompem aku pergi lagi.. 
pergi pakai selipar jamban je.

kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.

3 comments:

Verdict said...

dora jadi jadi la dgn arif tu.. hhaahaaaaah

durrah said...

haha.. i got crush ngan dia dr form 1 sampai form 2.. pastu dengan mamat ni lah aku salu kantoi aku period bocor kat baju sekolah

Anonymous said...

dora, mane izat ?