nama pun s/u. kene lah buat report bergambar pasal MSR FIST 2011. *part 1*

aku malas nak letak muqaddimah yang panjang-panjang sebab aku tau aku akan merepek tak tentu hala so aku straight to the point . senang sikit kerja aku dan kerja kengkorang nak baca. 
minggu lepas aku pergi KMKN. apa KMKN tu? KMKN stands for Kolej MARA Kuala Nerang. apahal aku nak menyemak kat tempat orang-orang bijaksana macam tu? sebab aku kena jadi fasi. jadah lah aku ni, aku paling benci insan-insan yang bernama fasilitator ni tau? sebab aku benci kena treat macam budak-budak. hell yeah ! masa MSR kat kampus dulu, sumpah rasa macam budak-budak walaupun aku dah umur 19 tahun. 


aku rasa aku kene bahagikan entri ni kepada dua bahagian. gila panjang dengan gambar yang banyak. awal aku cakap, kalau tak suka nak load gambar lama-lama jangan dok nak bukak pastu nak bebel kat aku cakap blog aku berat.  lagi satu, entri ni banyak yang propa-propa je. jauh terpesong dari kejadian sebenar. 


pagi ahad : city campus
farha, shahrin, chaq dan aku

cube lihat beg-beg yang ade dalam gambar. sorang-sorang bawak gaya nak lari dari rumah. macam nak pergi mekah pun ade jugak. sampai jadi isu sebab beg kaum yang lain jantina kecik-kecik je. dah kalau satu baju pakai sampai 2 3 hari, memang lah boleh bawak beg kecik macam adik aku pegi tadika kan? alasan dorang, jimat ruang, jimat air dengan elektrik. jenis pakai baju yang sama tak tukar-tukar gamaknya? pastu sembur perfume bebanyak sebab semua pakat wangi je. :DD

 yang pakai baju belang-belang dan comel tuh, nama dia ubey, dialah program director untuk  projek ni. kire macam big boss lah. payah betul aku nak carik gambar dia yang sempurna . nilah yang paling sempurna yang aku dah jumpa. bukan maksud banyak gambar dia yang tak senonoh tapi dia ni bukan kaki gambar gamaknya. kurang sangat gambar dia dalam album.  ouh, tak lupa jugak dekat abam farid ni yang pakai topi sambil minum air kotak. apa fungsi dia? dialah abang yang paling kacak , sporting dan segala yang mahmudah semua ada kat dia. statement aku ni bukan rekaan, si farid ni sendiri yang cakap macam tu. haha. sengal punya orang. padahal dia cuma jaga protokol je. berprotokol kah dia? hanya tuhan je yang tahu.




sebelah kanan ni pulak, yang pakai baju biru macam technician telekom yang betulkan wayar kabel rumah aku semalam adalah aqmal. dia adalah program coordinator. aku yang kerja dengan dia pun masih tak paham ape menatang program coordinator ni. aku rasa pangkat ni adalah orang yang paling gila mic seantero dunia. mane tidaknye, asyik dia je bercakap. air liur tak kering ke?dia adalah orang paling sibuk. tapi tak sibuk macam big boss lah. big boss jarang masuk gambar, tapi dia selalu masuk gambar. segala macam jenis gambar ade. aku kene catit semua patah perkataan yang keluar dari mulut dia. penat okeyh.. dah lah aku ni macam pekak sikit. memang dok hah hah je lah. mungkin beliau pun tension dengan aku yang macam lampi sikit. 


masa on the way nak pergi KMKN tu, semua masih dala fasa malu-malu hanjing. semua senyap. mana yang kenal tu berborak dengan klik memasing. segan lah konon kan. sebab perjalanan berlaku pada waktu tengah hari. apa yang dijangka semua membuta dan simpan tenaga. aku agak lah kan, memang senyap sunyi je bas tu. aku tak pasti apa yang berlaku sebab aku pun membuta dekat tiga suku perjalanan. 



bila matahari dah balik umah, dalam bas pun dah gelap. pakcik driver bukak radio. nak bagi dia hilang bosan kot. macam-macam lah lagu yang diputarkan. *pergh ayat kau* sebab lagu-lagu pun agak urban kan, memang berjaya disumbangkan oleh sebilangan insan yang gagah dah tak kenal erti segan. ala, dalam gelap boleh lah jerit. ko boleh ar cakap macam tu kan. even dalam gelap boleh cam kot sapa yang tarik suara macam amy search tu. 

sampai KMKN dah malam, dengan angkut beg yang berat tu sampai tingkat tiga, hamik kau. kalau ade tingkat sepuluh, mau dia bagi tingkat sepuluh. letih tau panjat tangga. cukuplah dekat MICET aku jumpa tangga dan kena panjat tetiap hari. 

apa yang terjadi hari isnin? semua masuk bilik gerakan pastu meeting meeting dan meeting. letih tangan aku nak catat semua. apahal aku takde ipad sendiri ? aku ni buang kertas dan tak environmental friendly langsung. sebenarnya, aku kene sound secara tak ganas lah sebab aku tak bawak satu alat tulis pun. nulis pun idak. sebenarnya, pertama kali jadi s/u. so buat kesalahan lah. tak apa, ini adalah salah satu proses pembelajaran. 

   
meeting fasilitator. briefing pasal LDK punya games and aktiviti. yang berdiri tu nma dia YB. mungkin bercita-cita nak jadi ahli politik gamaknya. 






meeting OC. muka semua serius. padahal borak pasal riadah tak silap aku. 


fiuzz tengah briefing dekat fasi. Fiuzz ni adalah ketua LDK. 


akuy tak paham pasal gambar ni. ye lah kan? semua muka bosan tapi si mior dengan YB ni bersemangat angkat tangan. ke sebab nak posing je ?

nak dijadikan cerita, yang pakat pergi ni semua gila glemer. gila gambar. pantang nampak kamera, semua nak pose. tengah meeting pun nak pose, makan nak pose, mungkin tidur pun boleh posing jugak. 


tak syak lagi kan?


kamera fokus kat dia tu pasal muka aku macam blurr. napa muka aku sedih? sebab aku kena berdiri. orang lain semua duduk. TT

dah nama pun blog aku, haruslah aku tepek muka aku sikit-sikit. tak banyak pun. aku sedar muak nan hado ni takde sape nak tatap. huahuahua. :'D


nazirul, adiaa and me. pakat nak tunjuk tag. bukan selalu dapat pakai kan?





aku benci gambar ni. aku nampak berkepala besar dan kaki aku nampak kecik. arghh. nampak macam cacat je. 


aziz dan atiq. atiq ni malam-malam boleh bertukar jadi raihana. ajaib kan?
sorang oc prep and tech sorang oc sukan. sian abang spek tu, sampai demam-demam buat kerja.



buku merah tiu, buku aku. tak pernah aku ade note book yang aku tulis sampai habis. tapi buku merah tu adalah buku pertama. amik kau. tulisan cakar ayam, mesti kau susah nak baca kan? haha

"abang" farid , putri dan aku. abang farid ni memang suka pose ala-ala k-pop. tak habis-habis peace dengan mulut itik dia.. dah mcam budak under age dekat myspace je. 


LAST BUT NOT LEAST.. 

TADAAAA!

KHAS UNTUK ADIK-ADIK. 
AKU TANYA DIA, DIA KATA LETAK JE APE-APE GAMBAR. AKU LETAK LAH GAMBAR NI. COMEL KAN? RASA MACAM NAK TAMPAR JE. 

HARAP TAKDE SAPE UNFOLLOW AKU ATAU MAKI-MAKI AKU SEBAB TERKESIMA DENGAN GAMBAR NI. 






kalau suka, apa tunggu lagi? tekan lah butang LIKE ni.